English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Thursday, 19 October 2023, 17:00 HKT/SGT
Share:
    

Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd
OYO melancarkan meja depan maya untuk hotel-hotel di bawah program De Rantau
Teknologi membolehkan pendaftaran masuk hotel secara pantas dijalankan dengan mengatasi halangan bahasa
- OYO memperkenalkan penyelesaian meja depan maya untuk memudahkan pendaftaran bilik pada bila-bila sahaja untuk kesemua hotel di bawah program De Rantau
- Penyelesaian tersebut akan memastikan respon yang lebih pantas dengan mengatasi halangan bahasa yang dihadapi oleh pelancong luar negara
- Meja depan maya dilengkapi dengan sistem kunci pintar dan dapat menyokong lebih daripada 80 bahasa
- Ia dapat mengurangkan pembelanjaan operasi meja depan sebanyak 60%
- Pelanggan juga dapat menerima cadangan aktiviti, restauran dan tarikan tempatan yang disesuaikan

KUALA LUMPUR, Oct 19, 2023 - (ACN/NewsVoir) -  Syarikat teknologi pelancongan antarabangsa, OYO telah mengumumkan pelancaran penyelesaian meja depan maya untuk kesemua hotel di bawah program De Rantau yang terletak di Malaysia. Dilengkapi dengan keupayaan GPT-4, penyelesaian ini bertujuan untuk mengurangkan tempoh waktu menunggu pelanggan, menyediakan pendaftaran bilik yang lancar pada sebarang waktu, memberikan bantuan yang berharga kepada pelancong luar negara yang sering menghadapi masalah halangan bahasa semasa menempah tempat penginapan mereka. OYO mengharapkan bahawa meja depan maya dapat mempercepatkan respon dan pemberian penyelesaian dengan signifikan.

Teknologi pendaftaran bilik secara kendiri dilengkapi dengan sistem kunci pintar. Ini membenarkan pelanggan dapat masuk dan keluar dari bilik tanpa memerlukan kad kunci fizikal. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan pembelanjaan operasi meja depan sebanyak lebih kurang 60% setahun. Meja depan maya dilengkapi dengan lebih daripada 80 bahasa dan justeru dapat membantu pelanggan menerusi bahasa pilihan mereka dan menjawab persoalan dalam masa nyata. Selain itu, sistem tersebut juga mengautomasikan kutipan bayaran, mengemaskinikan keseluruhan proses untuk memperoleh pengalaman tanpa rintangan yang lancar. ChatGPT4 juga menganalisiskan pilihan pelanggan untuk memberikan cadangan aktiviti, restoran dan tarikan tempatan yang disesuaikan.

Ini juga dapat membawa kepada peningkatan tempahan bilik dalam platform OYO sendiri dan menghasilkan pendapatan tambahan kepada pemilik hotel. Hotel-hotel dapat memperoleh manfaat daripada sistem pengurusan hotel OYO yang mesra pengguna dalam usaha meningkatkan keuntungan, pendapatan dan keberkesanan hotel. Teknologi tersebut juga membolehkan pemilik hotel dapat menguruskan operasi hotel pada jarak jauh dari mana- mana sahaja.

Program DE Rantau bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Nomab Digital terpilih yang mengalakkan penggunaan digital dan mempelopori mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh Malaysia. Hab DE Rantau merupakan tempat penginapan sedia nomab yang telah disahkan dan dipersijilkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia berdasarkan kriteria hab DE Rantau supaya dapat menampung gaya hidup nomab yang aktif dan bersifat dinamik.

OYO merancang untuk menambah lagi 100 buah hotel kategori premium untuk mendokong program DE Rantau di Malaysia. Sebagai salah satu langkah daripada usaha ini, OYO merancang untuk memperkasakan jejak kaki hotel premium di seluruh Malaysia. Dalam program ini, ia berfokus kepada kawasan utama seperti Langkawi, Pulau Pinang, Lembah Klang, Ipoh dan Melaka.

Semasa bercakap tentang pembangunan, Akshay Rathod yang merupakan Ketua Negara OYO Malaysia menyatakan bahawa “Hotel-hotel di bawah program De Rantau membolehkan pelancong menikmati pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupai di beberapa destinasi paling menarik di dunia. Namun demikian, halangan bahasa sering menjadi salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelancong luar negara semasa menempah dan mendaftar masuk tempat penginapan mereka. Menerusi pengenalan Meja Depan Maya, OYO mengambil langkah yang signifikan untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan pelancongan antarabangsa lebih mudah diperoleh dan menyeronokkan.”.

OYO sekarang memiliki lebih daripada 700 hotel yang terletak di 50 buah bandar di Malaysia. Menerusi hotel-hotel yang terletak di bandar utama dan destinasi popular, penglibatan OYO yang ekstensif di Malaysia memastikan peserta program De Rantau dapat mengakses tempat penginapan yang selesa di seluruh lokasi. Kebanyakan hotel ini akan dilengkapi dengan kemudahan asas yang berdekatan seperti perkhidmatan Wi-Fi, kafe, kedai, kemudahan hiburan dan rekreasi, perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan, serta pengangkutan.

Mengenai OYO

OYO ialah suatu platform antarabangsa yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan kecil menerusi pembekalan produk dan perkhidmatan teknologi lengkap yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan memudahkan operasi, menyediakan tempat penginapan yang senang ditempah, berpatutan dan boleh dipercayai kepada pelanggan di seluruh dunia. OYO menyediakan lebih daripada 40 jenis produk dan penyelesaian kepada pengusaha yang mengendalikan lebih kurang 170,000 buah hotel, rumah dan bangunan yang terletak di lebih daripada 35 negara, termasuklah India, Europa dan Asia Tenggara (berdasarkan data pada September 30, 2022). Untuk memperolehi maklumat tambahan, sila melayari www.oyorooms.com.

Contact:
Abhishek Sinha, PR & Corporate Communications
Tel: +91-9198461616

Penafian: Oravel Stays Limited bercadang untuk membuat tawaran awam permulaan terhadap syer ekuitinya (“Syer Ekuiti”) dan telah memfailkan Draf Prospektus Herring Merah (“DRHP”) dengan Lembaga Sekuriti dan Bursa India (“SEBI”), termaktub kepada keperluan undang-undang dan peraturan, penerimaan kelulusan diperlukan, keadaan pasaran dan pertimbangan yang lain.

DRHP boleh diperolehi menerusi laman web SEBI (www.sebi.gov.in), laman web Bursa Saham (www.bseindia.com dan www.nseindia.com), laman web Global Coordinators and Book Running Lead Managers, termasuklah Kotak Mahindra Capital Company Limited, J.P. Morgan India Private Limited dan Citigroup Global Markets India Private Limited (www.investmentbank.kotak.com, www.jpmipl.com dan www.online.citibank.co.in/rhtm/citigroupglobalscreen1.htm), laman web Book Running Lead Managers, termasuklah ICICI Securities Limited, Nomura Financial Advisory and Securities (India) Private Limited, JM Financial Limited and Deutsche Equities India Private Limited (www.icicisecurities.com, www.nomuraholdings.com/company/group/asia/india/index.html, www.jmfl.com dan www.db.com/India). Pelabur hendaklah memahami bahawa pelaburan dalam syer ekuiti melibatkan risiko yang tinggi dan memerlukan maklumat yang berkaitan. Rujuk kepada Prospektus Herring Merah yang difailkan dengan Suruhanjaya Pendaftar Syarikat pada masa akan datang, termasuklah bahagian bertema “Faktor Risiko”. Bakal pelabur tidak seharusnya bergantung pada DRHP yang difailkan dengan SEBI untuk membuat sebarang keputusan pelaburan. Syer ekuiti yang ditawarkan dalam Tawaran Permulaan (seperti yang ditakrifkan dalam DRHP) dan Tawaran Jualan (seperti yang ditakrifkan dalam DRHP) belum dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933 (“Akta Sekuriti”), tidak akan ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat kecuali yang termaktub kepada pengecualian daripada atau tergolong dalam transaksi yang termaktub dalam keperluan pendaftaran Akta Sekuriti dan perundangan sekuriti negara yang berkaitan. Syer ekuiti hanya ditawarkan dan dijual kepada “pembeli institut yang berkelayakan” di Amerika Syarikat (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti) menerusi transaksi kecuali atau tidak termaktub kepada keperluan pendaftaran dalam Akta Sekuriti dan (ii) di luar daripada Amerika Syarikat dalam transaksi luar pesisir yang termaktub kepada Perundangan S di bawah Akta Sekuriti dan perundangan yang berkaitan dengan tawaran dan jualan tersebut. Tiada tawaran awam Syer Ekuiti di Amerika Syarikat.



Topic: Press release summary
Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd

Sectors: Retail & eCommerce, Travel & Tourism, Daily News, Regional, Hospitality, Local Biz
https://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2024 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.

 

OYO Hotels & Homes Pvt Ltd Related News
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
OYO's profit doubles to INR 30 cr
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
Keuntungan OYO mengganda kepada 30 cr Rupee India
Dec 22, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches self-funded 15% discount to protect hotel revenue
Dec 22, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO melancarkan tawaran diskaun sebanyak 15% atas pembiayaan sendiri untuk mempertahankan hasil pendapatan hotel
Oct 19, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches virtual front desk for De Rantau properties
More news >>
Copyright © 2024 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Cookies Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | China: +86 181 2376 3721 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575