English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Friday, 22 December 2023, 17:00 HKT/SGT
Share:
    

Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd
OYO melancarkan tawaran diskaun sebanyak 15% atas pembiayaan sendiri untuk mempertahankan hasil pendapatan hotel
- OYO memberikan tambahan diskaun sebanyak 15% untuk mempertahankan hasil pendapatan dan keuntungan rakan kongsi hotel
- Skim tersebut juga memastikan harga tersebut kekal sebagai tarikan untuk pelanggan
- Semasa fasa perintis pelancaran tersebut, hotel rakan kongsi telah mencapai pertumbuhan hasil pendapatan sebanyak 20%
- OYO sekarang memiliki lebih daripada 700 buah hotel yang terletak di lebih daripada 50 bandar di Malaysia

KUALA LUMPUR, Dec 22, 2023 - (ACN/NewsVoir) - Syarikat teknologi pelancongan antarabangsa, OYO telah mengumumkan pemberian tambahan diskaun sebanyak 15% kepada semua pelanggan yang membuat tempahan melalui platform OYO. Ini merupakan skim atas pembiayaan sendiri eksklusif yang diperkenalkan oleh OYO di Malaysia untuk mempertahankan keuntungan dan memastikan pelanggan memperolehi manfaat daripada pilihan harga yang menarik.

Skim tersebut telah dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini di kawasan terpilih seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Klang di Malaysia. Semasa fasa perintis pelancaran tersebut, hotel telah merekodkan pertambahan hasil pendapatan bulanan sebanyak 20%.

OYO sekarang mempunyai lebih daripada 700 buah hotel di 50 bandar di Malaysia. OYO melakar kehadiran yang meluas di Malaysia dengan memiliki pelbagai jenama hotel di bandar utama dan destinasi popular seperti Hotel Capital O yang dikelaskan dalam kategori premium dan Hotel OYO Rooms yang dikelaskan dalam kategori bajet.

Diskaun tersebut akan diperluaskan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan melalui platform OYO. Melalui ini, tawaran harga yang menarik dapat diberikan kepada mereka dengan tanpa menjejaskan hasil pendapatan dan keuntungan hotel rakan kongsi.

Sebagai langkah berdepan dengan halangan yang dihadapi oleh industri pelancongan, OYO telah mengambil langkah tegas untuk mengekalkan keseimbangan antara kepuasan pelanggan dan kelestarian hasil pendapatan hotel rakan kongsi. Pelancaran diskaun atas pembiayaan sendiri ini mempamerkan komitmen OYO terhadap rakan kongsinya, iaitu mengurangkan tekanan kewangan dan pada waktu yang sama mengekalkan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Rakan kongsi hotel juga dapat meningkatkan keuntungan, hasil pendapatan dan keberkesanan hotel mereka dengan mengaplikasikan sistem pengurusan hotel OYO yang mesra terhadap pengguna. Selain itu, OYO juga menyediakan Kunci Pintar OYO, iaitu suatu penyelesaian meja depan berautomatik yang membolehkan daftar masuk dan daftar keluar bilik dapat dijalankan dengan lancar dan selamat pelanggan.

Akshay Rathod, Pengurus, OYO Malaysia menekankan bahawa, "Kejayaan yang dicapai oleh rakan kongsi kami adalah penting untuk misi kami. Kami bertekad untuk mengambil langkah proaktif demi mempertahankan hasil pendapatan dan keuntungan mereka. Inisiatif ini menunjukkan kesanggupan OYO untuk melabur untuk memastikan kejayaan rakan kongsinya dengan menyerap sebahagian daripada kos tersebut supaya menjana aliran pendapatan hotel rakan kongsi. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan tawaran nilai terhadap pelanggan sementara mempertahankan kesihatan kewangan rakan kongsi hotel OYO yang meluas”.

Tan Sri Cheah Chan Yau, Pemilik, Hotel OYO Grand City, Kuantan menekankan bahawa “Pelancaran diskaun tambahan ini bukan sahaja dapat mempertahankan hasil pendapatan kami, malahan menyumbang secara signifikan dalam usaha meningkatkan kadar penghunian bilik kami. Fleksibiliti dan sokongan yang diberi melalui diskaun tambahan ini mempamerkan kesungguhan dan ketekalan OYO untuk menjalin hubungan rakan kongsi yang memanfaatkan satu sama lain dan menunjukkan keupayaannya untuk memahami keperluan rakan kongsinya”.

OYO juga memperkasakan usahanya untuk melengkapkan hotel dengan peralatan teknologi yang terkini, meningkatkan keterlihatan dan memperbaiki hasil pendapatan mereka. Aplikasi berdepan dengan penaung, Co-OYO membenarkan hotel untuk melancarkan dan menyesuaikan tawaran promosi dalam usaha untuk meningkatkan kadar penghunian dan mengoptimumkan hasil pendapatan.

Hotel baru dapat mengakses pangkalan pelanggan OYO yang besar melalui aplikasi dan halaman internet OYO. Ini menyumbang kepada muat turun sebanyak 100 juta kali setiap tahun.

Mengenai OYO

OYO ialah suatu platform antarabangsa yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan kecil menerusi pembekalan produk dan perkhidmatan teknologi lengkap yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan memudahkan operasi, menyediakan tempat penginapan yang senang ditempah, berpatutan dan boleh dipercayai kepada pelanggan di seluruh dunia. OYO menyediakan lebih daripada 40 jenis produk dan penyelesaian kepada pengusaha yang mengendalikan lebih kurang 170,000 buah hotel, rumah dan bangunan yang terletak di lebih daripada 35 negara, termasuklah India, Europa dan Asia Tenggara (berdasarkan data pada September 30, 2022). Untuk memperolehi maklumat tambahan, sila melayari www.oyorooms.com/ph/ .

Contact:
Abhishek Sinha, PR & Corporate Communications
Tel: +91- 9198461616

Penafian: Oravel Stays Limited bercadang untuk membuat tawaran awam permulaan terhadap syer ekuitinya (“Syer Ekuiti”) dan telah memfailkan Draf Prospektus Herring Merah (“DRHP”) dengan Lembaga Sekuriti dan Bursa India (“SEBI”), termaktub kepada keperluan undang-undang dan peraturan, penerimaan kelulusan diperlukan, keadaan pasaran dan pertimbangan yang lain. DRHP boleh diperolehi menerusi laman web SEBI (www.sebi.gov.in ), laman web Bursa Saham (www.bseindia.com  dan www.nseindia.com ), laman web Global Coordinators and Book Running Lead Managers, termasuklah Kotak Mahindra Capital Company Limited, J.P. Morgan India Private Limited dan Citigroup Global Markets India Private Limited (www.investmentbank.kotak.com , www.jpmipl.com  dan www.online.citibank.co.in/rhtm/citigroupglobalscreen1.htm ), laman web Book Running Lead Managers, termasuklah ICICI Securities Limited, Nomura Financial Advisory and Securities (India) Private Limited, JM Financial Limited and Deutsche Equities India Private Limited (www.icicisecurities.com , www.nomuraholdings.com/company/group/asia/india/index.html , www.jmfl.com  dan www.db.com/India ). Pelabur hendaklah memahami bahawa pelaburan dalam syer ekuiti melibatkan risiko yang tinggi dan memerlukan maklumat yang berkaitan. Rujuk kepada Prospektus Herring Merah yang difailkan dengan Suruhanjaya Pendaftar Syarikat pada masa akan datang, termasuklah bahagian bertema “Faktor Risiko”. Bakal pelabur tidak seharusnya bergantung pada DRHP yang difailkan dengan SEBI untuk membuat sebarang keputusan pelaburan. Syer ekuiti yang ditawarkan dalam Tawaran Permulaan (seperti yang ditakrifkan dalam DRHP) dan Tawaran Jualan (seperti yang ditakrifkan dalam DRHP) belum dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933 (“Akta Sekuriti”), tidak akan ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat kecuali yang termaktub kepada pengecualian daripada atau tergolong dalam transaksi yang termaktub dalam keperluan pendaftaran Akta Sekuriti dan perundangan sekuriti negara yang berkaitan. Syer ekuiti hanya ditawarkan dan dijual kepada “pembeli institut yang berkelayakan” di Amerika Syarikat (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti) menerusi transaksi kecuali atau tidak termaktub kepada keperluan pendaftaran dalam Akta Sekuriti dan (ii) di luar daripada Amerika Syarikat dalam transaksi luar pesisir yang termaktub kepada Perundangan S di bawah Akta Sekuriti dan perundangan yang berkaitan dengan tawaran dan jualan tersebut. Tiada tawaran awam Syer Ekuiti di Amerika Syarikat.



Topic: Press release summary
Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd

Sectors: Retail & eCommerce, Travel & Tourism, Daily News, Regional, Hospitality, Local Biz
https://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2024 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.

 

OYO Hotels & Homes Pvt Ltd Related News
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
OYO's profit doubles to INR 30 cr
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
Keuntungan OYO mengganda kepada 30 cr Rupee India
Dec 22, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches self-funded 15% discount to protect hotel revenue
Oct 19, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches virtual front desk for De Rantau properties
Oct 19, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO melancarkan meja depan maya untuk hotel-hotel di bawah program De Rantau
More news >>
Copyright © 2024 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Cookies Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | China: +86 181 2376 3721 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575